Bilangan pemain : Tidak terhad dan mesti lebih daripada empat orang.Lebih ramai lebih baik.
Bahan :
- Lagu “ Nenek Si Bongkok Tiga”
- Sehelai sapu tangan atau kain penutup mata
- Sebatang kayu sebagai tongkat
TUJUAN PERMAINAN :
Pemain yang matanya ditutup akan mencari pemain lain dan cuba meneka namanya.
PERATURAN PERMAINAN :
- Penutup mata ‘ Nenek ‘ tidak boleh dibuka semasa meneka nama pemain.
- Pemain yang ditangkap tidak boleh melarikan diri semasa ‘nenek’ menekanya.
- Jika ‘nenek’ meneka nama betul maka pemain itu akan jadi ganti ‘nenek’
- Pemain lain tidak dibenarkan memberitahu nama pemain yang ditangkap oleh ‘nenek’.
Pilih seorang pemain menjadi ‘nenek’.
Mata ‘nenek’ ditutup dengan sapu tangan atau kain penutup mata.
Pemain lain membuat bulatan sambil berpegang tangan.
‘Nenek’ memegang tongkat dan berada di tengah bulatan.
Pemain menyanyikan lagu sambil mengelilingi ‘nenek’.
NENEK-NENEK
SI BONGKOK TIGA…
SIANG
MALAM ASYIK BERJAGA…
MENCARI
CUCU DI MANA ADA….
-
Semasa pemain mengelilingi nenek sambil menyanyi,nenek hanya berdiam diri sambil mengerakkan tongkat dan membongkok-bongkok badan beraksi seperti orang tua.
Selepas selesai menyanyi,pemain duduk mencangkung dan mendiamkan diri.
‘Nenek’ pula menyanyikan lagu
CUCU,CUCU
TAK DAPAT LARI…
NENEK
TUA BANYAK SAKTI….
SEKARANG
NENEK NAK CARI GANTI…
SIAPA
YANG KENA DIA YANG JADI…
‘Nenek’ akan meraba-raba mencari dan cuba menangkap pemain.
Seterusnya ‘ Nenek’ perlu meneka nama pemain yang dipegangnya.
Jika betul tekaan nenek,maka pemain itu akan menjadi nenek pula.Jika salah nenek boleh meneka nama sehingga 3 kali.
Selepas meneka tiga kali,jika masih salah nenek perlu mencari orang lain pula sehingga betul tekaannya.
No comments:
Post a Comment