Thursday 2 August 2012

“MAIN GETAH”

SENARAI KEPERLUAN :
BAHAN : Getah gelang
TEMPAT : Kawasan lapang
BILANGAN KANAK-KANAK : Tidak terhad, sekurang-kurangnya 2 orang

JENIS PERMAINAN GETAH DAN CARA BERMAIN :
Pemain hanya boleh melastik,meniup dan melempar getah sahaja dalam setiap pusingan.

TUJUAN PERMAINAN:
Menguji kebolehan kanak-kanak dengan melempar dan meniup getah agar mengenai sasaran.





LEMPAR GETAH :

  •  Setiap pemain ada jumlah getah yang sama banyak seperti 20 urat.
  •  Pemain akan melemparkan getah mengikut giliran.
  •  Apabila getah yang dilemparkan bertindih dengan getah yang sedia ada,maka getah tersebut akan menjadi miliknya.
  •  Pemain yang dapat mengutip getah terbanyak akan menang.

TIUP GETAH :

  •  Getah akan ditaburkan di atas lantai dan ada jarak antara satu sama lain.
  •  Pemain akan meniupkan sehingga ia bertindih dengan getah lain.Getah yang bertindih itu akan menjadi miliknya.
  •  Permainan dikira mati apabila pemain tersentuh getah semasa meniup.
  •  Giliran akan diberikan kepada orang lain dengan cara permainan yang sama.
  •  Pemenang adalah pemain yang mendapat getah yang paling banyak.

LASTIK GETAH :

Pemain mencacakkan 2 batang lidi di atas tanah kiri dan kanan pada jarak lebih kurang 4 inci.Pasangkan 2 urat getah merentang kayu lidi tersebut. Sangkutkan getah sebanyak mungkin pada getah tadi. Pemain akan berdiri dalam jarak 1 ½ meter dan melastik getah tersebut. Getah yang jatuh akan menjadi miliknya. Jika pemain , semasa melastik tidak dapat menjatuhkan getah,maka giliran seterusnya pada pemain lain. Ulang sehingga semua getah yang tersangkut habis dilastik.





skipping animation photo: Peanuts Lucy Skipping Rope Icon Icons Emoticon Emoticons Animated Animation Animations Gif Gifs Charles Schulz lucy1.gif

“ BOLA DAN MONYET”

SENARAI KEPERLUAN :
1. Bahan : Bola
2. Tempat : Kawasan lapang,padang

PERATURAN PERMAINAN :

Apabila bola dapat ditangkap oleh monyet , orang yang mencampak bola kenalah menjadi monyet.

CARA BERMAIN :

  1.  Setiap kumpulan kanak-kanak terdapat 3 orang.
  2.  2 orang di depan dan dibelakang.
  3.  Seorang ditengahnya sebagai monyet.
  4.  Pemain akan mencampakkan bola pada rakan seorang lagi.
  5.  Monyet ditengah cuba untuk menangkapnya.
  6.  Apabila monyet dapat menangkap, maka orang yang membaling bola tadi akan jadi sebagai monyet.
  7.  Aktiviti boleh dilakukan dalam banyak kumpulan.     


                                                Satu kumpulan hanya 3 orang pemain sahaja                                                              
Pemain di tengah akan menjadi sebagai
" Monyet "

ball animation photo: ball ball.gif

Wednesday 1 August 2012

"JAN-JAN JALA"

SENARAI KEPERLUAN :
1. BAHAN : Lagu :
Jan jan jala
Jan jan jala,jala itik,jala ayam
Berapa lubang kancing
Seratus lima puluh
Panggil cik dayang
Makan sirih mulut merah

2. BILANGAN PEMAIN :
Tiada had dan minimum 6 orang

CARA BERMAIN :

  1.  Pilih 2 orang sebagai ketua dan mereka menjadi pintu gerbang. 
  2.  Pemain beratur dalam satu barisan dan memeluk pinggang kawan dihadapan mereka.
  3.  Ketua dipilih akan memilih lambang kumpulan masing-masing contohnya seperti buah betik dan buah durian sebagai tanda mewakili kumpulan.
  4.  Pemain yang beratur menyanyikan lagu Jan,Jan Jala sambil berjalan di bawah pintu gerbang dan juga mengelilingi pintu gerbang.
  5.  Apabila nyanyian tamat,pintu gerbang pun rebah dan menangkap salah seorang kanak-kanak yang lalu dibawahnya.
  6.  Ketua akan berbisik kepada murid yang ditangkap itu,dan menyuruhnya memilih satu daripada 2 lambang yang disebutkan.
  7.  Sekiranya pemain itu memilih buah durian ,maka dia perlu berdiri di belakang ketua buah durian.
  8.  Teruskan permainan ini sehingga semua murid habis terperangkap.
  9.  Selepas habis,buat satu garisan tanda antara kedua-dua ketua ini.Setiap kanak-kanak memeluk pinggang kawan dihadapan mereka.Ketua kedua-dua pasukan akan berpegang tangan.
  10.  Apabila teriak perkataan ‘mula ‘ kedua-dua pasukan akan bertarik-tarikan.
  11.  Pihak yang menyeberang garis penanda adalah pihak yang kalah.

" Jan-jan jala itik ...Jan-jan jala ayam "

"KONDA-KONDI"

    Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.

    Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.




"GALAH PANJANG "

           Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.


           Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.


          Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.