Wednesday 1 August 2012

"JAN-JAN JALA"

SENARAI KEPERLUAN :
1. BAHAN : Lagu :
Jan jan jala
Jan jan jala,jala itik,jala ayam
Berapa lubang kancing
Seratus lima puluh
Panggil cik dayang
Makan sirih mulut merah

2. BILANGAN PEMAIN :
Tiada had dan minimum 6 orang

CARA BERMAIN :

  1.  Pilih 2 orang sebagai ketua dan mereka menjadi pintu gerbang. 
  2.  Pemain beratur dalam satu barisan dan memeluk pinggang kawan dihadapan mereka.
  3.  Ketua dipilih akan memilih lambang kumpulan masing-masing contohnya seperti buah betik dan buah durian sebagai tanda mewakili kumpulan.
  4.  Pemain yang beratur menyanyikan lagu Jan,Jan Jala sambil berjalan di bawah pintu gerbang dan juga mengelilingi pintu gerbang.
  5.  Apabila nyanyian tamat,pintu gerbang pun rebah dan menangkap salah seorang kanak-kanak yang lalu dibawahnya.
  6.  Ketua akan berbisik kepada murid yang ditangkap itu,dan menyuruhnya memilih satu daripada 2 lambang yang disebutkan.
  7.  Sekiranya pemain itu memilih buah durian ,maka dia perlu berdiri di belakang ketua buah durian.
  8.  Teruskan permainan ini sehingga semua murid habis terperangkap.
  9.  Selepas habis,buat satu garisan tanda antara kedua-dua ketua ini.Setiap kanak-kanak memeluk pinggang kawan dihadapan mereka.Ketua kedua-dua pasukan akan berpegang tangan.
  10.  Apabila teriak perkataan ‘mula ‘ kedua-dua pasukan akan bertarik-tarikan.
  11.  Pihak yang menyeberang garis penanda adalah pihak yang kalah.

" Jan-jan jala itik ...Jan-jan jala ayam "

No comments:

Post a Comment