Thursday 2 August 2012

“MAIN GETAH”

SENARAI KEPERLUAN :
BAHAN : Getah gelang
TEMPAT : Kawasan lapang
BILANGAN KANAK-KANAK : Tidak terhad, sekurang-kurangnya 2 orang

JENIS PERMAINAN GETAH DAN CARA BERMAIN :
Pemain hanya boleh melastik,meniup dan melempar getah sahaja dalam setiap pusingan.

TUJUAN PERMAINAN:
Menguji kebolehan kanak-kanak dengan melempar dan meniup getah agar mengenai sasaran.





LEMPAR GETAH :

  •  Setiap pemain ada jumlah getah yang sama banyak seperti 20 urat.
  •  Pemain akan melemparkan getah mengikut giliran.
  •  Apabila getah yang dilemparkan bertindih dengan getah yang sedia ada,maka getah tersebut akan menjadi miliknya.
  •  Pemain yang dapat mengutip getah terbanyak akan menang.

TIUP GETAH :

  •  Getah akan ditaburkan di atas lantai dan ada jarak antara satu sama lain.
  •  Pemain akan meniupkan sehingga ia bertindih dengan getah lain.Getah yang bertindih itu akan menjadi miliknya.
  •  Permainan dikira mati apabila pemain tersentuh getah semasa meniup.
  •  Giliran akan diberikan kepada orang lain dengan cara permainan yang sama.
  •  Pemenang adalah pemain yang mendapat getah yang paling banyak.

LASTIK GETAH :

Pemain mencacakkan 2 batang lidi di atas tanah kiri dan kanan pada jarak lebih kurang 4 inci.Pasangkan 2 urat getah merentang kayu lidi tersebut. Sangkutkan getah sebanyak mungkin pada getah tadi. Pemain akan berdiri dalam jarak 1 ½ meter dan melastik getah tersebut. Getah yang jatuh akan menjadi miliknya. Jika pemain , semasa melastik tidak dapat menjatuhkan getah,maka giliran seterusnya pada pemain lain. Ulang sehingga semua getah yang tersangkut habis dilastik.





skipping animation photo: Peanuts Lucy Skipping Rope Icon Icons Emoticon Emoticons Animated Animation Animations Gif Gifs Charles Schulz lucy1.gif

“ BOLA DAN MONYET”

SENARAI KEPERLUAN :
1. Bahan : Bola
2. Tempat : Kawasan lapang,padang

PERATURAN PERMAINAN :

Apabila bola dapat ditangkap oleh monyet , orang yang mencampak bola kenalah menjadi monyet.

CARA BERMAIN :

  1.  Setiap kumpulan kanak-kanak terdapat 3 orang.
  2.  2 orang di depan dan dibelakang.
  3.  Seorang ditengahnya sebagai monyet.
  4.  Pemain akan mencampakkan bola pada rakan seorang lagi.
  5.  Monyet ditengah cuba untuk menangkapnya.
  6.  Apabila monyet dapat menangkap, maka orang yang membaling bola tadi akan jadi sebagai monyet.
  7.  Aktiviti boleh dilakukan dalam banyak kumpulan.     


                                                Satu kumpulan hanya 3 orang pemain sahaja                                                              
Pemain di tengah akan menjadi sebagai
" Monyet "

ball animation photo: ball ball.gif

Wednesday 1 August 2012

"JAN-JAN JALA"

SENARAI KEPERLUAN :
1. BAHAN : Lagu :
Jan jan jala
Jan jan jala,jala itik,jala ayam
Berapa lubang kancing
Seratus lima puluh
Panggil cik dayang
Makan sirih mulut merah

2. BILANGAN PEMAIN :
Tiada had dan minimum 6 orang

CARA BERMAIN :

  1.  Pilih 2 orang sebagai ketua dan mereka menjadi pintu gerbang. 
  2.  Pemain beratur dalam satu barisan dan memeluk pinggang kawan dihadapan mereka.
  3.  Ketua dipilih akan memilih lambang kumpulan masing-masing contohnya seperti buah betik dan buah durian sebagai tanda mewakili kumpulan.
  4.  Pemain yang beratur menyanyikan lagu Jan,Jan Jala sambil berjalan di bawah pintu gerbang dan juga mengelilingi pintu gerbang.
  5.  Apabila nyanyian tamat,pintu gerbang pun rebah dan menangkap salah seorang kanak-kanak yang lalu dibawahnya.
  6.  Ketua akan berbisik kepada murid yang ditangkap itu,dan menyuruhnya memilih satu daripada 2 lambang yang disebutkan.
  7.  Sekiranya pemain itu memilih buah durian ,maka dia perlu berdiri di belakang ketua buah durian.
  8.  Teruskan permainan ini sehingga semua murid habis terperangkap.
  9.  Selepas habis,buat satu garisan tanda antara kedua-dua ketua ini.Setiap kanak-kanak memeluk pinggang kawan dihadapan mereka.Ketua kedua-dua pasukan akan berpegang tangan.
  10.  Apabila teriak perkataan ‘mula ‘ kedua-dua pasukan akan bertarik-tarikan.
  11.  Pihak yang menyeberang garis penanda adalah pihak yang kalah.

" Jan-jan jala itik ...Jan-jan jala ayam "

"KONDA-KONDI"

    Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.

    Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.




"GALAH PANJANG "

           Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.


           Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.


          Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.


                                     
                                   

Wednesday 25 July 2012

“PUKUL LALAT"

Senarai keperluan :
  1. Bahan : Sapu Tangan
  2. Bilangan pemain : Tidak terhad
Cara Bermain :

  1. Kanak-kanak membuat satu bulatan. Kemudian duduk mencangkung kearah dalam bulatan.
  2. Seorang kanak-kanak di minta keluar secara sukarela ataupun dipilih untuk membawa sapu tangan.
  3. Pemain yang dipilih berdiri di luar bulatan sambil memegang sapu tangan.
  4. Pemain akan meletakkan sapu tangan itu di belakang sesiapa sahaja yang berada di bulatan itu tanpa disedari.
  5. Pemain lain perlu sentiasa peka dan bersedia meraba belakang bagi memastikan sama ada sapu tangan berada di belakang tempat duduk ataupun tidak.
  6. Apabila pemain B dapat menyentuh sapu tangan di belakangnya maka ia bangun dan berlari mengejar A sambil memukulnya. 
  7. Pemain A perlu mencari tempat duduk secepat mungkin sebelum dapat dipukul oleh pengejar yang membawa sapu tangan.
  8. Jika A belum sempat mencari tempat duduk dan terkena, maka A sekali lagi berlari mengelilingi bulatan semula sementara B duduk di tempat asal.
  9. Sbaliknya jika A Berjaya mencari tempat dudk, B akan berpusing sekali lagi untuk meletakkan sapu tangan di belakang pemain, contohnya C.

Tujuan bermain :
Berlari dalam bulatan sambil mengejar dan memukul pemain dengan sapu tangan.




Kanak-kanak duduk mencangkung dalam bulatan
Kanak-kanak A sedang mengejar kanak-kanak B

“RUMAH TERBAKAR”

SENARAI KEPERLUAN :

BAHAN : Bahan yang diperlukan baldi air kecil ikut bilangan ahli bomba
TEMPAT : Kawasan lapang,padang
BILANGAN PEMAIN : Tidak terhad


CARA PERMAINAN :
  1. Kanak-kanak berpegang tangan membentuk bulatan.
  2. Kemudian diminta tiga orang pemain keluar dari bulatan dan berdiri di belakang sambil memegang baldi kosong.
  3. Pemain yang memegang baldi akan berlari mengelilingi bulatan.
  4. Apabila lagu tamat dinyanyikan , ketiga-tiga pemain yang memegang baldi akan meletakkan baldi di belakang mana-mana pemain yang duduk.
  5. Sesiapa yang mendapati baldi berada di belakang mereka,perlu bangun dan mengambil baldi tadi.Pemain yang sebelumnya perlu duduk di tempat itu.
  6. Pemain akan menyanyikan semula lagu tersebut serta mengulangi langkah 3 hingga 6 bagi meneruskan permainan.
  7. Permainan boleh diulang-ulang sehingga kebanyakan pemain yang duduk dapat menjadi ahli bomba atau pembawa baldi.




FAEDAH YANG DIPEROLEHI :

Aspek perkembangan bahasa :
Dapat meningkatkan kosa kata dan mengembangkan bahasa kanak-kanak melalui nyanyian.

Aspek perkembangan fizikal :
Permainan ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar melalui aktiviti berlari dan berjalan.

Aspek perkembangan sosioemosi :
Permainan ini menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan riang gembira.

Aspek kerohanian dan moral :
Kanak-kanak perlu patuhi peraturan permainan.

Aspek estetika :
Meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak kerana pemain berimaginasi sebagai ahli bomba.

“PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU”

SENARAI KEPERLUAN :
1. BAHAN : Topeng, tongkat
2. BILANGAN PEMAIN : Bilangannya tidak terhad tetapi minimum seramai 4 orang.

CARA BERMAIN :
  1. Pilih seorang kanak-kanak menjadi ‘ Datuk Harimau ‘
  2. Kanak-kanak lain berdiri di belakang ‘ Datuk Harimau ‘ pada jarak lebih kurang 2 meter.
  3. Kanak-kanak yang berjalan dibelakang berteriak ‘ Pukul Berape Datuk Harimau ?’
  4. Kemudian ‘ Datuk Harimau ‘ menjawab ‘ Pukul 1’ ataupun ‘ Pukul 4’
  5. Apabila ‘ Datuk Harimau ‘ menjawab ‘ Pukul ………aku lapar ‘ ia menoleh ke belakang dan cuba menangkap kanak-kanak dibelakangnya.
  6. Kanak-kanak perlu menyelamatkan diri masing-masing.
  7. ‘Datuk Harimau’ boleh menang kap mangsanya pada bila-bila masa .Tidak semestinya hingga selesai pukul 12.
  8. Mereka yang ditangkap akan menjadi datuk harimau dipusingan yang seterusnya.
  9. Permainan juga boleh diteruskan seberapa banyak pusingan.Pemain yang paling kerap ditangkap dikira kalah.
FAEDAH YANG DIPEROLEHI :

Aspek perkembangan fizikal :
Dengan berlari,berjalan ke depan dan mengundur dapat mengembangkan fizikal kanak-kanak.

Aspek perkembangan sosioemosi :
Permainan ini dapat memupuk ciri kepimpinan.

Perkembangan Kognitif :
Kanak-kanak dapat mempelajari konsep masa dan nombor.

Perkembangan Bahasa :
Dengan menyanyikan lagu pukul berapa ‘Datuk Harimau’ ianya dapat mengembangkan bahasa kanak-kanak.

Kanak-kanak di barisan belakang
"  bertanya pukul berape  "? kepada   Datuk Harimau


Datuk Harimau telah dapat tangkap mangsanya 


“ BURUNG DALAM SANGKAR”

SENARAI KEPERLUAN :
Peralatan : Gelung rotan
Tempat : Kawasan lapang
Bilangan kanak-kanak : Setiap kumpulan mengandungi 3 orang.Tiada had bilangan kumpulan.

PERATURAN PERMAINAN :

  •  Setiap kumpulan mengandungi 3 orang kanak-kanak.2 orang menjadi sangkar dan seorang lagi akan menjadi burung.
  •  Setiap kali burung terbang,keluar mereka tidak boleh balik ke sangkar asal mereka sebaliknya mereka hendaklah masuk ke dalam sangkar yang lain.
CARA PERMAINAN :
  1. Dua orang kanak-kanak menghadap antara satu sama lain dengan berpegang tangan untuk menjadi sarang.
  2. Seorang kanak-kanak lagi akan menjadi burung berdiri dalam sarang.
  3. Terdapat juga beberapa burung diluar sangkar yang tidak mempunyai sangkar.
  4. Apabila guru menyebut “ Burung terbang” ataupun membunyikan wisel , semua burung perlu terbang di luar sarang , termasuk burung yang tidak mempunyai sangkar.
  5. Apabila guru menyebut “ Burung pulang” atau membunyikan wisel ,semua burung perlu mencari sangkar.
  6. Kanak-kanak yang menjadi sarang pula bertukar menjadi burung.
  7. Ulangi permainan ini beberapa kali.
Kanak-kanak membentuk " SANGKAR BURUNG "
Burung berterbangan mencari "sarang"
Burung yang dapat masuk ke dalam "sangkar"

“ IKAN DALAM JARING “

SENARAI KEPERLUAN :
1. Peralatan : Tiada
2. Tempat :
  • Kawasan lapang
  • Kolam ataupun laut yang dibina menggunakan kapur atau pun tepung.Ambil kapur dan lukiskannya atas lantai ataupun guna tepung dan taburkannya diatas rumput. Buat supaya berbentuk bulat.
3. Bilangan kanak-kanak : 20 – 25 orang

PERATURAN PERMAINAN :
Ikan dalam jaring perlulah keluar daripada jarring sebanyak mungkin.

CARA BERMAIN :
  1. 10 hingga 15 kanak-kanak dan berpegang tangan dalam barisan memanjang menjadi jarring.
  2. Jaring perlu berada di tepi kolam atau di tengah laut.
  3. Separuh lagi kanak-kanak dalam kelas tersebut menjadi ikan.
  4. Ikan perlu berada lebih kurang jarak 20 kaki daripada jarring.
  5. Kanak-kanak bergerak di dalam kawasan yang ditandakan sebagai kolam.Mereka beraksi seolah-olah sedang berenang.
  6. Apabila isyarat ‘mula’ ataupun wisel dibunyikan, jaring cuba mengepung ikan.
  7. Ikan itu boleh melepaskan dirinya dengan berlari menerobos jaring , melompat ke atas ataupun bawah jaring.
  8. Ikan tidak boleh berenang keluar dari kawasan kolam.
  9. Ikan yang ditangkap dan keluar dari kolam semasa permainan, tidak boleh bermain lagi.
  10. Ulang permainan dengan bertukar jaring menjadi ikan dan sebaliknya.

Kanak-kanak lelaki sebagai
 "jaring ikan"
   
Kanak-kanak menjadi ikan sedang berenang
Ikan-ikan sedang menuju ke jaring 

                   

Saturday 21 July 2012

HARI POTENSI PERINGKAT PARLIMEN TAMBUN....YANG TELAH DIADAKAN DI DEWAN KOMUNITI KG ULU KUANG PADA 17.07.2012 (SELASA)

Tahniah dan syabas kepada kanak-kanak yang telah terlibat dalam setiap acara  dan berjaya melayakkan diri ke peringkat Daerah pula nanti ....Congratulations:)



        Pasukan Tarian dari Zon Chemor iaitu gabungan beberapa buah tabika yang ada disekitarnya.....Bagi kanak-kanak lelaki  seperti seorang pahlawan melayu...segaknya..Manakala kanak-kanak perempuan bagaikan  seorang puteri...Comelnyer...:)

       









Pasukan kompang Zon  tabika Chemor....sungguh bergaya dengan paluan kompangnya...

                           



Pasukan nasyid Zon tabika Chemor...


Friday 20 July 2012

“ LARI KELILING BULATAN”

SENARAI KEPERLUAN :Peralatan : Tiada
Tempat : Kawasan lapang
Bilangan kanak-kanak : 10 hingga 20 ataupun semua kanak-kanak dalam kelas.

PERATURAN PERMAINAN :
Setiap kanak-kanak akan mendapat satu nombor.Nombor yang disebutkan perlu lari dalam bulatan dengan mengikut arah jam dan kembali semula apabila wisel dibunyikan.

CARA BERMAIN :
  1. 10 hingga 15 orang kanak-kanak membuat satu bulatan.Kemudian mereka akan duduk dalam bulatan tersebut. 
  2. Setiap kanak-kanak akan diberi nombor di antara 1 hingga 4 secara berturutan. 
  3. Kad nombor juga akan diikat dengan tali dan digantungkan pada lehernya agar guru mudah mengenal pasti nombor pada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat mengecam nombor-nombor tersebut. 
  4. Guru juga mempunyai satu set kad nombor yang akan digunakan apabila guru menyebut ataupun memanggil nombor tersebut. 
  5. Contohnya apabila guru menyebut nombor 4,semua kanak-kanak yang memakai nombor 4 akan bangun.

“ PERIGI BERACUN “

SENARAI KEPERLUAN :
1. Peralatan : Gelung rotan
2. Tempat : Di kawasan lapang
3. Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 6 orang

PERATURAN PERMAINAN:
Mereka yang termasuk dalam perigi (gelung rotan ) semasa tarik-menarik akan dikira mati.

CARA PERMAINAN:
  1. Buat beberapa kumpulan kecil yang mengandungi antara 4 hingga 6 orang kanak-kanak. 
  2. Kanak-kanak berpegang tangan dalam membentuk bulatan. 
  3. Mereka cuba menarik antara satu sama lain dalam bulatan. 
  4. Masing-masing cuba mengelak daripada terpijak ataupun termasuk dalam bulatan. 
  5. Sesiapa yang terpijak ataupun terjatuh dalam bulatan dikira mati dan dikeluarkan dari kumpulan. 
  6. Aktiviti boleh dijalankan dalam beberapa kumpulan serentak
Kanak-kanak berpegang tangan untuk membentuk bulatan
Kanak-kanak menarik antara satu sama lain dan mengelak daripada terjatuh dalam
"Perigi Beracun"






“NENEK-NENEK SI BONGKOK TIGA”

SENARAI KEPERLUAN  : 
Bilangan pemain : Tidak terhad dan mesti lebih daripada empat orang.Lebih ramai lebih baik.

Bahan :
  • Lagu “ Nenek Si Bongkok Tiga” 
  • Sehelai sapu tangan atau kain penutup mata
  • Sebatang kayu sebagai tongkat 
Tempat : Kawasan lapang di dalam ataupun diluar rumah.

TUJUAN PERMAINAN :

Pemain yang matanya ditutup akan mencari pemain lain dan cuba meneka namanya.

PERATURAN PERMAINAN :

  1. Penutup mata ‘ Nenek ‘ tidak boleh dibuka semasa meneka nama pemain. 
  2. Pemain yang ditangkap tidak boleh melarikan diri semasa ‘nenek’ menekanya. 
  3. Jika ‘nenek’ meneka nama betul maka pemain itu akan jadi ganti ‘nenek’ 
  4. Pemain lain tidak dibenarkan memberitahu nama pemain yang ditangkap oleh ‘nenek’.

CARA BERMAIN :


  • Pilih seorang pemain menjadi ‘nenek’.
  • Mata ‘nenek’ ditutup dengan sapu tangan atau kain penutup mata.
  • Pemain lain membuat bulatan sambil berpegang tangan.
  • ‘Nenek’ memegang tongkat dan berada di tengah bulatan.
  • Pemain menyanyikan lagu sambil mengelilingi ‘nenek’.
NENEK-NENEK SI BONGKOK TIGA…
SIANG MALAM ASYIK BERJAGA…
MENCARI CUCU DI MANA ADA….
NENEK KU KAWIN DENGAN
ANAK RAJA….

  •   Semasa pemain mengelilingi nenek sambil menyanyi,nenek hanya berdiam diri sambil mengerakkan tongkat dan membongkok-bongkok badan beraksi seperti orang tua.
  • Selepas selesai menyanyi,pemain duduk mencangkung dan mendiamkan diri.
  • ‘Nenek’ pula menyanyikan lagu
CUCU,CUCU TAK DAPAT LARI…
NENEK TUA BANYAK SAKTI….
SEKARANG NENEK NAK CARI GANTI…
SIAPA YANG KENA DIA YANG JADI…
  • ‘Nenek’ akan meraba-raba mencari dan cuba menangkap pemain.
  • Seterusnya ‘ Nenek’ perlu meneka nama pemain yang dipegangnya.
  • Jika betul tekaan nenek,maka pemain itu akan menjadi nenek pula.Jika salah nenek boleh meneka nama sehingga 3 kali.
  • Selepas meneka tiga kali,jika masih salah nenek perlu mencari orang lain pula sehingga betul tekaannya.
Seorang kanak-kanak dipilih menjadi
"NENEK"
Ha..ha.."NENEK" dah berjaya mencari cucunya....