Tempat : Kawasan lapang
Bilangan kanak-kanak : 10 hingga 20 ataupun semua kanak-kanak dalam kelas.
PERATURAN PERMAINAN : Setiap kanak-kanak akan mendapat satu nombor.Nombor yang disebutkan perlu lari dalam bulatan dengan mengikut arah jam dan kembali semula apabila wisel dibunyikan.
CARA BERMAIN :
- 10 hingga 15 orang kanak-kanak membuat satu bulatan.Kemudian mereka akan duduk dalam bulatan tersebut.
- Setiap kanak-kanak akan diberi nombor di antara 1 hingga 4 secara berturutan.
- Kad nombor juga akan diikat dengan tali dan digantungkan pada lehernya agar guru mudah mengenal pasti nombor pada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat mengecam nombor-nombor tersebut.
- Guru juga mempunyai satu set kad nombor yang akan digunakan apabila guru menyebut ataupun memanggil nombor tersebut.
- Contohnya apabila guru menyebut nombor 4,semua kanak-kanak yang memakai nombor 4 akan bangun.
No comments:
Post a Comment