Cara permainan :
- Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. Biasanya yang seronok adalah apabila orang menarik kita.
- Permainan upih ini seronok kalau kita adakan pertandingan atau perlumbaan. Kenalah ada ramai kawan-kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih. Cuma lecehnya, upih ni nak kena tunggu luruh dulu baru boleh main. Upih pula bukan luruh hari-hari atau selalu.
- Biasanya yang lebih tua / besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya.
- Untuk mewujudkan rasa gembira dikalangan kanak-kanak, acara permainan tradisional tarik upih ini amatlah sesuai dijalankan dalam aktiviti senaman luar kelas.
No comments:
Post a Comment