Wednesday, 18 July 2012

"BATU SEREMBAN"

JENIS-JENIS PERMAINAN KECIL ....teringat pada zaman kanak-kanak  dahulu......:)


ASAL-USUL BATU SEREMBAN

                  Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. 
                Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.






CARA BERMAIN 
Buah Satu: 
  • Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhiantara satu dengan lain. 
  • Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara 
  • Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. 
  • Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.


Buah  Dua:
  •          Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
  •          Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
  •         Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.
Buah Tiga:
  •          Buah tiga ada sedikit perbezaan.
  •          Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
  •          Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
Buah Empat:
  • Buah ibu akan dilambungkan ke udara. 
  • Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada dilantai dengan serentak.

Buah Lima:
  • Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
  • Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji bah diatas lantai dengan serentak.
  • Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.


Buah Enam: 



  • Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.
  • Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah       ibu.
  • Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukardengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.




Buah Tujuh: 
  •          Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
  •          Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
  •          Selepas itu, hanya satu biji buah  yang akan dikutip.
  •          Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
  •          Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
  •          Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut




  





No comments:

Post a Comment