SENARAI KEPERLUAN :
TEMPAT : Kawasan lapang,padang
BILANGAN PEMAIN : Tidak terhad
CARA PERMAINAN :
- Kanak-kanak berpegang tangan membentuk bulatan.
- Kemudian diminta tiga orang pemain keluar dari bulatan dan berdiri di belakang sambil memegang baldi kosong.
- Pemain yang memegang baldi akan berlari mengelilingi bulatan.
- Apabila lagu tamat dinyanyikan , ketiga-tiga pemain yang memegang baldi akan meletakkan baldi di belakang mana-mana pemain yang duduk.
- Sesiapa yang mendapati baldi berada di belakang mereka,perlu bangun dan mengambil baldi tadi.Pemain yang sebelumnya perlu duduk di tempat itu.
- Pemain akan menyanyikan semula lagu tersebut serta mengulangi langkah 3 hingga 6 bagi meneruskan permainan.
- Permainan boleh diulang-ulang sehingga kebanyakan pemain yang duduk dapat menjadi ahli bomba atau pembawa baldi.
FAEDAH YANG DIPEROLEHI :
Aspek perkembangan
bahasa :
Dapat meningkatkan kosa kata dan
mengembangkan bahasa kanak-kanak melalui nyanyian.
Aspek perkembangan
fizikal :
Permainan ini dapat meningkatkan
kemahiran motor kasar melalui aktiviti berlari dan berjalan.
Aspek perkembangan sosioemosi :
Permainan ini menggalakkan
kanak-kanak meluahkan perasaan riang gembira.
Aspek kerohanian dan
moral :
Kanak-kanak perlu patuhi
peraturan permainan.
Aspek estetika :
Meningkatkan daya imaginasi
kanak-kanak kerana pemain berimaginasi sebagai ahli bomba.
No comments:
Post a Comment