Bilangan pemain : Tidak terhad dan mesti lebih daripada empat orang.Lebih ramai lebih baik.
Bahan :
- Lagu “ Nenek Si Bongkok Tiga”
- Sehelai sapu tangan atau kain penutup mata
- Sebatang kayu sebagai tongkat
TUJUAN PERMAINAN :
Pemain yang matanya ditutup akan mencari pemain lain dan cuba meneka namanya.
PERATURAN PERMAINAN :
- Penutup mata ‘ Nenek ‘ tidak boleh dibuka semasa meneka nama pemain.
- Pemain yang ditangkap tidak boleh melarikan diri semasa ‘nenek’ menekanya.
- Jika ‘nenek’ meneka nama betul maka pemain itu akan jadi ganti ‘nenek’
- Pemain lain tidak dibenarkan memberitahu nama pemain yang ditangkap oleh ‘nenek’.
- Pilih seorang pemain menjadi ‘nenek’.
- Mata ‘nenek’ ditutup dengan sapu tangan atau kain penutup mata.
- Pemain lain membuat bulatan sambil berpegang tangan.
- ‘Nenek’ memegang tongkat dan berada di tengah bulatan.
- Pemain menyanyikan lagu sambil mengelilingi ‘nenek’.
NENEK-NENEK
SI BONGKOK TIGA…
SIANG
MALAM ASYIK BERJAGA…
MENCARI
CUCU DI MANA ADA….
- Semasa pemain mengelilingi nenek sambil menyanyi,nenek hanya berdiam diri sambil mengerakkan tongkat dan membongkok-bongkok badan beraksi seperti orang tua.
- Selepas selesai menyanyi,pemain duduk mencangkung dan mendiamkan diri.
- ‘Nenek’ pula menyanyikan lagu
CUCU,CUCU
TAK DAPAT LARI…
NENEK
TUA BANYAK SAKTI….
SEKARANG
NENEK NAK CARI GANTI…
SIAPA
YANG KENA DIA YANG JADI…
- ‘Nenek’ akan meraba-raba mencari dan cuba menangkap pemain.
- Seterusnya ‘ Nenek’ perlu meneka nama pemain yang dipegangnya.
- Jika betul tekaan nenek,maka pemain itu akan menjadi nenek pula.Jika salah nenek boleh meneka nama sehingga 3 kali.
- Selepas meneka tiga kali,jika masih salah nenek perlu mencari orang lain pula sehingga betul tekaannya.
No comments:
Post a Comment