Wednesday, 18 July 2012

"CONGKAK"

PERMAINAN TRADISIONAL - CONGKAK

        Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

         Permainan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang pemain dalam satu masa. Pemain akan duduk secara bertentangan dan ‘kampung’ akan diisi dengan buah congkak yang mempunyai bilangan buah yang sama. Jika dalam pertandingan, pengadil akan dipanggil untuk mengadili pertandingan. Pemain akan memulakan permainan dengan cara bermain serentak.

          Pemain boleh mengambil buah dari mana-mana lubang dan akan memasukkannya satu demi satu ke dalam ‘kampung’ dan ‘rumah’. Jika buah yang terakhir dimasukkan ke dalam lubang yang berisi atau dimasukkan dalam ‘rumah’, pemain boleh meneruskan permainan untuk pusingan yang kedua tetapi jika sebaliknya, pemain akan berhenti dan menunggu pihak lawan menghabiskan buahnya.
           Tidak perlu sebarang undian untuk mendapatkan hak memulakan permainan. Permainan dijalankan serentak. Siapa lebih cekap, dia boleh bergerak mendahului lawannya. Pemain boleh memulakan permainan dari mana-mana lubang yang dia suka. Jika ada 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 lubang misalnya, maka ada tujuh buah dalam setiap lubang.

           Jadi, jumlah buah yang diperlukan adalah 7×7=49. Maka ambil semua buah dalam lubang yang disukai dan lakukan pergerakkan ikut arah pusingan jam. Semasa bergerak, mesti masukkan satu buah ke dalam setiap lubang yang dilalui dan “lubang ibu” (lubang besar dihujung). Hanya satu lubang ibu sahaja bagi setiap pemain iaitu lubang ibu dihujung, di sebelah kiri pemain sahaja.

                    CONGKAK



Strategi bermain.

  • Permain congkak perlu berfikir, menyusun strategi dan membuat congakkan. Siapa pandai math nie kira advantage lah. Ia memerlukan kecekapan. Biasanya orang yang selalu main congkak akan lebih tahu taktik dan mahir. Jadinya, tidak hairanlah jika ada yang sanggup menghabiskan berjam-jam untuk berlatih seorang diri (haha, akulah tuh) untuk mengkaji pergerakan “buah” sehingga formula rahsia untuk menjadi juara tersimpul dalam mindanya. Strategi ini bakal digunakan untuk mengalahkan lawan dalam perlawanan yang seterusnya. Jika 1st games kalah. 
  • Di akhir permainan hanya tinggal beberapa biji buah di dalam lubang masing-masing. Pemain-pemain dikehendaki menjalankan buah itu mengikut susunan lubang iaitu bermula dari lubang yang berisi buah yang di kanan sekali hingga di hujung dekat lubang ibu secara serentak menuju ke lubang ibu masing-masing. Sesiapa yang habis dahulu buah di dalam lubangnya, dia dikira kalah.
kanak-kanak sedang bermain congkak






No comments:

Post a Comment