Tuesday, 17 July 2012

DEFINISI.. PERMAINAN KECIL


Permainan kecil adalah sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Permainan kecil  melibatkan koordinasi motor-kasar atau koordinasi motor halus. Koordinasi motor-kasar melibatkan pergerakan otot-otot besar seperti melompat, berlari dan lain-lain manakala koordinasi motor-halus melibatkan pergerakan otot-otot kecil seperti menggunting, melipat dan lain-lain. 

Antara ciri-ciri permainan kecil ialah melibatkan kemahiran-kemahiran asas, mempunyai peraturan yang minimum, menggunakan peralatan yang sedikit, menggunakan ruang yang kecil atau sederhana serta mudah dijalankan khasnya untuk golongan  kanak-kanak.

Permainan kecil juga amatlah  penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. Ianya merupakan hal yang amat menyeronokkan dan mencergaskan minda. Tambahan pula, menurut Eisen (1998), kanak-kanak jika ditinggalakan bersendirian dengan apa sahaja alat permaianan, mereka akan bermain dengan alat-alat tersebut. Permainan kecil ini perlu diawasi oleh guru dan ianya juga berlaku dalam keadaan berkelompok.

OBJEKTIF-OBJEKIF PERMAINAN KECIL   
Terdapat tiga objektif utama yang telah disenaraikan oleh Bucher dan Thaxton (1979):


Objektif Pembangunan Kemahiran Motor.
  • Membangunkan kemahiran lokomotor. 
  • Membangunkan kemahiran bukan lokomotor. 
  • Membangunkan kemahiran pengawalan bola. 
  • Membangunkan kecergasan fizikal. 

Objektif Pembangunan Kognitif
  • Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan. 
  • Menolong dalam pemahaman peraturan. 
  • Menggalakkan kreativiti dan imaginasi. 
  • Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak. 

Objektif Pembangunan Afektif-sosial.
  • Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial. 
  • Menggalakkan keadilan. 
  • Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan. 
  • Membangunkan semangat kesukanan yang baik. 
  • Membangunkan kualiti kepimpinan. 
  • Membangunkan semangat kerjasama.




CIRI-CIRI PENTING DALAM PERMAINAN KECIL
  1. Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.
  2. Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum.
  3. Sedikit atau tiada alat yang digunakan.
  4. Tidak menggunakan masa yang panjang.
  5. Ruang permainan yang sederhana atau kecil.
  6. Perjalanan permainan data diubahsuai.
  7. Senang untuk dijalankan.

       APA MAKSUD “BERMAIN”

Bermain merupakan perkara yang paling digemari oleh kanak-kanak. Bermain merupakan proses semulajadi dan spontan. Bermain adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain juga membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif.
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain merupakan satu keperluan dan perkara yang menyeronokkan. Bermain juga tidak dianggap sebagai satu bebanan kepada mereka malahan ia merupakan satu kepuasan. Melalui aktiviti ini kanak-kanak juga dapat belajar pelbagai perkara dan proses ini dikenali pembelajaran tidak formal.













No comments:

Post a Comment