Monday 16 July 2012

Pengenalan Tabika Kemas Kg. Ulu Chemor....

Kelas Taman Bimbingan Kanak-kanak KEMAS Kg Ulu Chemor ini , telah mula beroperasi pada tahun 1980.Pada awal penubuhan tabika ini,Bangunan asal Tabika ini adalah ialah di Dewan Orang Ramai Kg Ulu Chemor dan Pemaju Masyarakat ketika itu ialah Puan Nurzaina Bt Zainuddin.Seterusnya kelas Tabika telah mula dipindahkan ke bangunan yang sedia ada ini pada tahun 2002.Pada asalnya bangunan ini ialah bekas Sekolah Kebangsaan Syed Idrus Ulu Kuang.

Diantara pemaju masyarakat yang pernah bertugas dan berkhidmat di Tabika KEMAS Kg Ulu Chemor  ini adalah diantaranya Puan Hawa Binti Mohammad Nor dan Puan Zarina Binti Mohamad.Seterusnya Pemaju Masyarakat telah bertukar ganti sehingga kini iaitu  tenaga pengajarnya   Puan Rosiah Binti Hamid dan saya sendiri ( Norazua Binti Yahya ).

Tabika Kg Ulu Chemor  juga telah dibahagikan kepada dua kelas dimana Tabika Kg Ulu Chemor (1) dan Tabika Kg Ulu Chemor (2) dengan bilangan kanak-kanak seramai 25 orang .Untuk itu ,saya telah ditempatkan untuk mengajar di Tabika Kemas Kg Ulu Chemor (2) dalam bangunan yang sama khasnya kepada kanak-kanak yang berusia 5 tahun.Tabika ini juga menempatkan   dua orang pembantu sukarela.




BANGUNAN TABIKA KEMAS 
KG ULU CHEMOR  1 & 2
Kelas tabika ini juga ,telah disediakan dengan bekalan elektrik ,air dan padang permainan bagi kemudahan kanak-kanak dalam menjalani aktiviti seharian.Keluasan tabika ini juga dalam anggaran 90x100 kaki persegi.



PINTU MASUK UTAMA

PONDOK REHAT &  KOLAM AIR


Kawasan permainan luar kanak-kanak

Kanak-kanak bersedia  untuk menyanyikan  lagu 'NEGARAKU '




Rutin Harian : ) Bacaan Doa sebelum memulakan aktiviti pembelajaran






No comments:

Post a Comment