SENARAI KEPERLUAN :
BAHAN : Getah gelang
TEMPAT : Kawasan lapang
BILANGAN KANAK-KANAK : Tidak terhad, sekurang-kurangnya 2 orang
BAHAN : Getah gelang
TEMPAT : Kawasan lapang
BILANGAN KANAK-KANAK : Tidak terhad, sekurang-kurangnya 2 orang
JENIS PERMAINAN GETAH DAN CARA BERMAIN :
Pemain hanya boleh melastik,meniup dan melempar getah sahaja dalam setiap pusingan.
TUJUAN PERMAINAN:
Menguji kebolehan kanak-kanak dengan melempar dan meniup getah agar mengenai sasaran.
LEMPAR GETAH :
- Setiap pemain ada jumlah getah yang sama banyak seperti 20 urat.
- Pemain akan melemparkan getah mengikut giliran.
- Apabila getah yang dilemparkan bertindih dengan getah yang sedia ada,maka getah tersebut akan menjadi miliknya.
- Pemain yang dapat mengutip getah terbanyak akan menang.
TIUP GETAH :
- Getah akan ditaburkan di atas lantai dan ada jarak antara satu sama lain.
- Pemain akan meniupkan sehingga ia bertindih dengan getah lain.Getah yang bertindih itu akan menjadi miliknya.
- Permainan dikira mati apabila pemain tersentuh getah semasa meniup.
- Giliran akan diberikan kepada orang lain dengan cara permainan yang sama.
- Pemenang adalah pemain yang mendapat getah yang paling banyak.
Pemain mencacakkan 2 batang lidi di atas tanah kiri dan kanan pada jarak lebih kurang 4 inci.Pasangkan 2 urat getah merentang kayu lidi tersebut. Sangkutkan getah sebanyak mungkin pada getah tadi. Pemain akan berdiri dalam jarak 1 ½ meter dan melastik getah tersebut. Getah yang jatuh akan menjadi miliknya. Jika pemain , semasa melastik tidak dapat menjatuhkan getah,maka giliran seterusnya pada pemain lain. Ulang sehingga semua getah yang tersangkut habis dilastik.