Wednesday, 25 July 2012

“PUKUL LALAT"

Senarai keperluan :
  1. Bahan : Sapu Tangan
  2. Bilangan pemain : Tidak terhad
Cara Bermain :

  1. Kanak-kanak membuat satu bulatan. Kemudian duduk mencangkung kearah dalam bulatan.
  2. Seorang kanak-kanak di minta keluar secara sukarela ataupun dipilih untuk membawa sapu tangan.
  3. Pemain yang dipilih berdiri di luar bulatan sambil memegang sapu tangan.
  4. Pemain akan meletakkan sapu tangan itu di belakang sesiapa sahaja yang berada di bulatan itu tanpa disedari.
  5. Pemain lain perlu sentiasa peka dan bersedia meraba belakang bagi memastikan sama ada sapu tangan berada di belakang tempat duduk ataupun tidak.
  6. Apabila pemain B dapat menyentuh sapu tangan di belakangnya maka ia bangun dan berlari mengejar A sambil memukulnya. 
  7. Pemain A perlu mencari tempat duduk secepat mungkin sebelum dapat dipukul oleh pengejar yang membawa sapu tangan.
  8. Jika A belum sempat mencari tempat duduk dan terkena, maka A sekali lagi berlari mengelilingi bulatan semula sementara B duduk di tempat asal.
  9. Sbaliknya jika A Berjaya mencari tempat dudk, B akan berpusing sekali lagi untuk meletakkan sapu tangan di belakang pemain, contohnya C.

Tujuan bermain :
Berlari dalam bulatan sambil mengejar dan memukul pemain dengan sapu tangan.




Kanak-kanak duduk mencangkung dalam bulatan
Kanak-kanak A sedang mengejar kanak-kanak B

“RUMAH TERBAKAR”

SENARAI KEPERLUAN :

BAHAN : Bahan yang diperlukan baldi air kecil ikut bilangan ahli bomba
TEMPAT : Kawasan lapang,padang
BILANGAN PEMAIN : Tidak terhad


CARA PERMAINAN :
  1. Kanak-kanak berpegang tangan membentuk bulatan.
  2. Kemudian diminta tiga orang pemain keluar dari bulatan dan berdiri di belakang sambil memegang baldi kosong.
  3. Pemain yang memegang baldi akan berlari mengelilingi bulatan.
  4. Apabila lagu tamat dinyanyikan , ketiga-tiga pemain yang memegang baldi akan meletakkan baldi di belakang mana-mana pemain yang duduk.
  5. Sesiapa yang mendapati baldi berada di belakang mereka,perlu bangun dan mengambil baldi tadi.Pemain yang sebelumnya perlu duduk di tempat itu.
  6. Pemain akan menyanyikan semula lagu tersebut serta mengulangi langkah 3 hingga 6 bagi meneruskan permainan.
  7. Permainan boleh diulang-ulang sehingga kebanyakan pemain yang duduk dapat menjadi ahli bomba atau pembawa baldi.




FAEDAH YANG DIPEROLEHI :

Aspek perkembangan bahasa :
Dapat meningkatkan kosa kata dan mengembangkan bahasa kanak-kanak melalui nyanyian.

Aspek perkembangan fizikal :
Permainan ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar melalui aktiviti berlari dan berjalan.

Aspek perkembangan sosioemosi :
Permainan ini menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan riang gembira.

Aspek kerohanian dan moral :
Kanak-kanak perlu patuhi peraturan permainan.

Aspek estetika :
Meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak kerana pemain berimaginasi sebagai ahli bomba.

“PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU”

SENARAI KEPERLUAN :
1. BAHAN : Topeng, tongkat
2. BILANGAN PEMAIN : Bilangannya tidak terhad tetapi minimum seramai 4 orang.

CARA BERMAIN :
  1. Pilih seorang kanak-kanak menjadi ‘ Datuk Harimau ‘
  2. Kanak-kanak lain berdiri di belakang ‘ Datuk Harimau ‘ pada jarak lebih kurang 2 meter.
  3. Kanak-kanak yang berjalan dibelakang berteriak ‘ Pukul Berape Datuk Harimau ?’
  4. Kemudian ‘ Datuk Harimau ‘ menjawab ‘ Pukul 1’ ataupun ‘ Pukul 4’
  5. Apabila ‘ Datuk Harimau ‘ menjawab ‘ Pukul ………aku lapar ‘ ia menoleh ke belakang dan cuba menangkap kanak-kanak dibelakangnya.
  6. Kanak-kanak perlu menyelamatkan diri masing-masing.
  7. ‘Datuk Harimau’ boleh menang kap mangsanya pada bila-bila masa .Tidak semestinya hingga selesai pukul 12.
  8. Mereka yang ditangkap akan menjadi datuk harimau dipusingan yang seterusnya.
  9. Permainan juga boleh diteruskan seberapa banyak pusingan.Pemain yang paling kerap ditangkap dikira kalah.
FAEDAH YANG DIPEROLEHI :

Aspek perkembangan fizikal :
Dengan berlari,berjalan ke depan dan mengundur dapat mengembangkan fizikal kanak-kanak.

Aspek perkembangan sosioemosi :
Permainan ini dapat memupuk ciri kepimpinan.

Perkembangan Kognitif :
Kanak-kanak dapat mempelajari konsep masa dan nombor.

Perkembangan Bahasa :
Dengan menyanyikan lagu pukul berapa ‘Datuk Harimau’ ianya dapat mengembangkan bahasa kanak-kanak.

Kanak-kanak di barisan belakang
"  bertanya pukul berape  "? kepada   Datuk Harimau


Datuk Harimau telah dapat tangkap mangsanya 


“ BURUNG DALAM SANGKAR”

SENARAI KEPERLUAN :
Peralatan : Gelung rotan
Tempat : Kawasan lapang
Bilangan kanak-kanak : Setiap kumpulan mengandungi 3 orang.Tiada had bilangan kumpulan.

PERATURAN PERMAINAN :

  •  Setiap kumpulan mengandungi 3 orang kanak-kanak.2 orang menjadi sangkar dan seorang lagi akan menjadi burung.
  •  Setiap kali burung terbang,keluar mereka tidak boleh balik ke sangkar asal mereka sebaliknya mereka hendaklah masuk ke dalam sangkar yang lain.
CARA PERMAINAN :
  1. Dua orang kanak-kanak menghadap antara satu sama lain dengan berpegang tangan untuk menjadi sarang.
  2. Seorang kanak-kanak lagi akan menjadi burung berdiri dalam sarang.
  3. Terdapat juga beberapa burung diluar sangkar yang tidak mempunyai sangkar.
  4. Apabila guru menyebut “ Burung terbang” ataupun membunyikan wisel , semua burung perlu terbang di luar sarang , termasuk burung yang tidak mempunyai sangkar.
  5. Apabila guru menyebut “ Burung pulang” atau membunyikan wisel ,semua burung perlu mencari sangkar.
  6. Kanak-kanak yang menjadi sarang pula bertukar menjadi burung.
  7. Ulangi permainan ini beberapa kali.
Kanak-kanak membentuk " SANGKAR BURUNG "
Burung berterbangan mencari "sarang"
Burung yang dapat masuk ke dalam "sangkar"

“ IKAN DALAM JARING “

SENARAI KEPERLUAN :
1. Peralatan : Tiada
2. Tempat :
  • Kawasan lapang
  • Kolam ataupun laut yang dibina menggunakan kapur atau pun tepung.Ambil kapur dan lukiskannya atas lantai ataupun guna tepung dan taburkannya diatas rumput. Buat supaya berbentuk bulat.
3. Bilangan kanak-kanak : 20 – 25 orang

PERATURAN PERMAINAN :
Ikan dalam jaring perlulah keluar daripada jarring sebanyak mungkin.

CARA BERMAIN :
  1. 10 hingga 15 kanak-kanak dan berpegang tangan dalam barisan memanjang menjadi jarring.
  2. Jaring perlu berada di tepi kolam atau di tengah laut.
  3. Separuh lagi kanak-kanak dalam kelas tersebut menjadi ikan.
  4. Ikan perlu berada lebih kurang jarak 20 kaki daripada jarring.
  5. Kanak-kanak bergerak di dalam kawasan yang ditandakan sebagai kolam.Mereka beraksi seolah-olah sedang berenang.
  6. Apabila isyarat ‘mula’ ataupun wisel dibunyikan, jaring cuba mengepung ikan.
  7. Ikan itu boleh melepaskan dirinya dengan berlari menerobos jaring , melompat ke atas ataupun bawah jaring.
  8. Ikan tidak boleh berenang keluar dari kawasan kolam.
  9. Ikan yang ditangkap dan keluar dari kolam semasa permainan, tidak boleh bermain lagi.
  10. Ulang permainan dengan bertukar jaring menjadi ikan dan sebaliknya.

Kanak-kanak lelaki sebagai
 "jaring ikan"
   
Kanak-kanak menjadi ikan sedang berenang
Ikan-ikan sedang menuju ke jaring 

                   

Saturday, 21 July 2012

HARI POTENSI PERINGKAT PARLIMEN TAMBUN....YANG TELAH DIADAKAN DI DEWAN KOMUNITI KG ULU KUANG PADA 17.07.2012 (SELASA)

Tahniah dan syabas kepada kanak-kanak yang telah terlibat dalam setiap acara  dan berjaya melayakkan diri ke peringkat Daerah pula nanti ....Congratulations:)



        Pasukan Tarian dari Zon Chemor iaitu gabungan beberapa buah tabika yang ada disekitarnya.....Bagi kanak-kanak lelaki  seperti seorang pahlawan melayu...segaknya..Manakala kanak-kanak perempuan bagaikan  seorang puteri...Comelnyer...:)

       









Pasukan kompang Zon  tabika Chemor....sungguh bergaya dengan paluan kompangnya...

                           



Pasukan nasyid Zon tabika Chemor...


Friday, 20 July 2012

“ LARI KELILING BULATAN”

SENARAI KEPERLUAN :Peralatan : Tiada
Tempat : Kawasan lapang
Bilangan kanak-kanak : 10 hingga 20 ataupun semua kanak-kanak dalam kelas.

PERATURAN PERMAINAN :
Setiap kanak-kanak akan mendapat satu nombor.Nombor yang disebutkan perlu lari dalam bulatan dengan mengikut arah jam dan kembali semula apabila wisel dibunyikan.

CARA BERMAIN :
  1. 10 hingga 15 orang kanak-kanak membuat satu bulatan.Kemudian mereka akan duduk dalam bulatan tersebut. 
  2. Setiap kanak-kanak akan diberi nombor di antara 1 hingga 4 secara berturutan. 
  3. Kad nombor juga akan diikat dengan tali dan digantungkan pada lehernya agar guru mudah mengenal pasti nombor pada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat mengecam nombor-nombor tersebut. 
  4. Guru juga mempunyai satu set kad nombor yang akan digunakan apabila guru menyebut ataupun memanggil nombor tersebut. 
  5. Contohnya apabila guru menyebut nombor 4,semua kanak-kanak yang memakai nombor 4 akan bangun.

“ PERIGI BERACUN “

SENARAI KEPERLUAN :
1. Peralatan : Gelung rotan
2. Tempat : Di kawasan lapang
3. Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 6 orang

PERATURAN PERMAINAN:
Mereka yang termasuk dalam perigi (gelung rotan ) semasa tarik-menarik akan dikira mati.

CARA PERMAINAN:
  1. Buat beberapa kumpulan kecil yang mengandungi antara 4 hingga 6 orang kanak-kanak. 
  2. Kanak-kanak berpegang tangan dalam membentuk bulatan. 
  3. Mereka cuba menarik antara satu sama lain dalam bulatan. 
  4. Masing-masing cuba mengelak daripada terpijak ataupun termasuk dalam bulatan. 
  5. Sesiapa yang terpijak ataupun terjatuh dalam bulatan dikira mati dan dikeluarkan dari kumpulan. 
  6. Aktiviti boleh dijalankan dalam beberapa kumpulan serentak
Kanak-kanak berpegang tangan untuk membentuk bulatan
Kanak-kanak menarik antara satu sama lain dan mengelak daripada terjatuh dalam
"Perigi Beracun"






“NENEK-NENEK SI BONGKOK TIGA”

SENARAI KEPERLUAN  : 
Bilangan pemain : Tidak terhad dan mesti lebih daripada empat orang.Lebih ramai lebih baik.

Bahan :
  • Lagu “ Nenek Si Bongkok Tiga” 
  • Sehelai sapu tangan atau kain penutup mata
  • Sebatang kayu sebagai tongkat 
Tempat : Kawasan lapang di dalam ataupun diluar rumah.

TUJUAN PERMAINAN :

Pemain yang matanya ditutup akan mencari pemain lain dan cuba meneka namanya.

PERATURAN PERMAINAN :

  1. Penutup mata ‘ Nenek ‘ tidak boleh dibuka semasa meneka nama pemain. 
  2. Pemain yang ditangkap tidak boleh melarikan diri semasa ‘nenek’ menekanya. 
  3. Jika ‘nenek’ meneka nama betul maka pemain itu akan jadi ganti ‘nenek’ 
  4. Pemain lain tidak dibenarkan memberitahu nama pemain yang ditangkap oleh ‘nenek’.

CARA BERMAIN :


  • Pilih seorang pemain menjadi ‘nenek’.
  • Mata ‘nenek’ ditutup dengan sapu tangan atau kain penutup mata.
  • Pemain lain membuat bulatan sambil berpegang tangan.
  • ‘Nenek’ memegang tongkat dan berada di tengah bulatan.
  • Pemain menyanyikan lagu sambil mengelilingi ‘nenek’.
NENEK-NENEK SI BONGKOK TIGA…
SIANG MALAM ASYIK BERJAGA…
MENCARI CUCU DI MANA ADA….
NENEK KU KAWIN DENGAN
ANAK RAJA….

  •   Semasa pemain mengelilingi nenek sambil menyanyi,nenek hanya berdiam diri sambil mengerakkan tongkat dan membongkok-bongkok badan beraksi seperti orang tua.
  • Selepas selesai menyanyi,pemain duduk mencangkung dan mendiamkan diri.
  • ‘Nenek’ pula menyanyikan lagu
CUCU,CUCU TAK DAPAT LARI…
NENEK TUA BANYAK SAKTI….
SEKARANG NENEK NAK CARI GANTI…
SIAPA YANG KENA DIA YANG JADI…
  • ‘Nenek’ akan meraba-raba mencari dan cuba menangkap pemain.
  • Seterusnya ‘ Nenek’ perlu meneka nama pemain yang dipegangnya.
  • Jika betul tekaan nenek,maka pemain itu akan menjadi nenek pula.Jika salah nenek boleh meneka nama sehingga 3 kali.
  • Selepas meneka tiga kali,jika masih salah nenek perlu mencari orang lain pula sehingga betul tekaannya.
Seorang kanak-kanak dipilih menjadi
"NENEK"
Ha..ha.."NENEK" dah berjaya mencari cucunya....








"TARIK UPIH "

Tarik upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN. Upih pinang adalah pelepah/"pangkal" daun pokok Pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut.



Cara permainan :

  • Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. Biasanya yang seronok adalah apabila orang menarik kita.
  • Permainan upih ini seronok kalau kita adakan pertandingan atau perlumbaan. Kenalah ada ramai kawan-kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih. Cuma lecehnya, upih ni nak kena tunggu luruh dulu baru boleh main. Upih pula bukan luruh hari-hari atau selalu.
  • Biasanya yang lebih tua / besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya.
  • Untuk mewujudkan rasa gembira dikalangan kanak-kanak, acara permainan tradisional tarik upih ini amatlah sesuai dijalankan dalam aktiviti senaman luar kelas.

“ LEMBU KENA KEPONG “

SENARAI KEPERLUAN :
1.      Peralatan                              : Tiada
2.      Tempat                                 : Kawasan lapang
3.      Bilangan kanak-kanak          : 5 hingga 10 orang

PERATURAN PERMAINAN :
Seekor lembu akan dikepong oleh sekumpulan kanak-kanak  yang memegang tangan dalam bulatan.

CARA PERMAINAN :
Ø  Kelas akan dibahagikan dalam kumpulan kecil.Satu kumpulan lebih kurang 5 hingga 8 oarang.
Ø  Kanak-kanak memegang tangan dalam membentuk bulatan.
Ø  Seorang kanak-kanak akan menjadi lembu dan duduk ditengah bulatan sambil beraksi dan membunyikan seperti  lembu , “moo…moo..moo”
Ø  Lembu akan keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara yang disukai.
Ø  Apabila lembu dapat keluar ,ganti dengan kanak-kanak lain untuk meneruskan aktiviti  ini.


TUJUAN PERMAINAN :
*      Adalah mengepung lembu supaya tidak dapat keluar dari kandang.


Wednesday, 18 July 2012

"PERMAINAN GULI" ( TUJU GULI )

ASAL-USUL
Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
GELANGGANGNYA....
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.


CARA BERMAIN:
  1. Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
  2. Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
  3. Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.
  4. Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
  5. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.
  6. Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.



"TENG-TENG"

ASAL USUL PERMAINAN TENG-TENG

        Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.

       Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.

       Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.


Cara Bermain:
  1. Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong. 
  2. Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih. 
  3. Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka. 
  4. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat. 




"GASING"

ASAL USUL PERMAINAN GASING
Gasing adalah permainan yang boleh berputar pada bahagian bawahnya1 Ia dimain oleh orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Ia selalunya dimain selepas musim menuai. Pemenang adalah yang paling lama berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu itu dibentuk sehingga menjadi bentuk gasing. Talinya selalunya 1 meter panjang.


CARA BERMAIN 
Cara permainan dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Di Malaysia permainannya berlainan antara satu daerah dengan daerah lain. Walau bagaimanapun pemain harus mempunyai kemahiran memusing, memangkah, membela uri gasing.

CARA MEMUSING GASING
Jika mengikut cara yang betul ia akan menghasilkan usingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Langkah yang disusun akan menentukan hasilnya, jika tidak betul, gasing itu jatuh, megiring, meleret atau borot.
Ada dua jenis pusingan iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Pusingan tarik, gasing harus dipegang mengiring dan dihayun ke belakang, harus juga tertumpuh kepada arah sasaran di hadapan. Bagi pusingan sentap , ia mengahasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat.